Wednesday, October 13, 2010

Aku Nak Makan Babi


"Kau nak tahu tak macam mana orang Islam solat? Aku boleh bagitau sikit-sikit."
"Takpe ah...Aku nak makan babi"

Dalam banyak-banyak jawapan, jawapan tu jugak yang dia pilih. Dalam banyak-banyak kosa kata, suku kata, tatabahasa, peribahasa, pantun, simpulan bahasa, ayat tu jugak yang dia pilih:

"Aku nak makan babi"





Dia ingat aku nak ajak dia masuk Islam. Aku baru kenal seminggu, takkanlah aku nak ajak dia masuk Islam. Tak praktikal langsung. Aku cuma tanya, nak tahu ke tak nak. Nampak sangat dia memang dah prepare lama dah jawapan macam tu.

Brader Cina tu memang budak hebat, aku rasa. Umur dalam 26 tahun. Dia bukan Cina Malaysia, Cina Tanah Besar. Tinggal satu floor dengan aku. Katanya, datang sini sebab ada projek antara universiti dan belajar bahasa. Suka pakai baju petak-petak, tuck in, cermin mata emas, takde bingkai. Selalu sangat terserempak dengan dia ni kat dapur floor. Dulu aku ada nampak jugak dia ni masak daging, mungkin babi. Tapi, selepas dia tahu ada group muslim, biasanya kalau masak skali dalam dapur, dia masak sayur je, daging lain-lain masa.

"Kenapa kau tak makan babi?"
Ni soalan pertama yang dia tanya, masa hari pertama kenal. Aku memang dah prepare lama dah nak jawab soalan ni. Aku selalu tengok video ceramah Lim Jooi Soon yang ajar cara untuk berdialog dengan bukan muslim. (Link dibawah)

"Sebab Tuhan larang, dalam al-Quran"
Senyap terus. Sambil buat-buat kacau sayur. Memang berkesan teknik tu. So, aku tak perlu nak explain, dalam babi ada cacing yang susah nak mampos, babi pengotor, babi itu khinzir, dll.
Aku pun dah prepare untuk jawab soalan lainnya. Soalan biasanya, kenapa Allah larang makan babi? Kalau boleh bersihkan babi tu, halal tak babi tu? Soalan macam ni kalau dia tanya, aku jawab: Kalau mak engkau larang mandi sungai, engkau mandi tak? Engkau tanya balik tak, kenapa tak boleh mandi sungai? Kalau mandi dekat tepi-tepi sungai boleh tak? Confirm kena rotan. Kenapa mak engkau taknak jawab? Bukan sebab taknak jawab, kalau dijawabnya pun, bukannya engkau faham. Akal tak cukup panjang lagi. Dah besar-besar ni, nak mandi sungai?

Esoknya, jumpa lagi dia dalam dapur. Dia kata dia tahu Quran, kitab orang Islam, dia pun tahu sekarang ni orang Islam tengah puasa, mesti malam semalam baru check internet ni.

"Apa nama Tuhan kau?"
Simple aku tanya sebab malas nak dengar dia ni bercerita. Aku ingat senang dia nak jawab, tapi tersangkut-sangkut. Buat-buat macam ada language barier. Takpe aku tak kisah. Seminggu lepas tu baru aku jumpa balik dia dalam dapur. Dia cakap nama Tuhan dia Jesus. La, kristian. Aku ingatkan Buddha. Kalau kristian, tak payah au nak tanya nama Tuhan dia, aku pun tahu. Selama ni, dia dok tunjuk gaya sembahyang orang Buddha. Dia pun sambung lagi kata ada Tuhan Ayah, Tuhan Emak. Itulah jawapan dia.

"Kalo ko berdoa, ko mintak dengan siapa?"
"Jesus"
"Dua Tuhan lagi?"
Skali lagi dia buat-buat fikir cari ayat untuk bagitau aku. Aku ingat dia boleh jawab. Aku memang plan nak proceed soalan aku. Aku pon memang nak tahu apa yang dia fikir pasal soalan tu. Itulah perbualan terakhir aku dengan brader Cina tu. Dua tiga hari lepas tu, aku nampak dia punggah barang balik Cina, katanya projek dah habis.

..............................

Tapi kenapa jawapan dia dia nak makan babi? Banyak lagi jawapan lain. Ketagih ke makan babi ni? Ada ke pig addict? Pigholic? Alcoholic ada. Nampak sangat, kalau dia tengok orang Islam, dia fikir, puak-puak tak makan babi. Salah dia malas membaca atau salah orang Islam malas bagitahu. Dia ada laptop dengan internet depan mata 24jam, orang Islam bukan ada 24jam depan dia pun. Aku malas nak tanya dia apa rasa babi. Sebab aku rasa soalan tu memang takde jawapan. Cuba kalau ada orang tak pernah makan ayam tanya kau, apa rasa ayam? Tak ke susah nak jawab. Paling senang nak jawab pun, rasa macam Meggi perisa ayam.

Aku pun dah tak tahu brader tu duduk kat mana sekarang ni. Hidup ke, dah menikah ke, aku tak tahu.

**Cerita ni adalah cerita sebenar, yang berlaku kat diri aku sendiri. tak ada tokok tambah. Monolog pun boleh dikatakan yang benar-benar berlaku. So, boleh dikatakan seratus peratus mengikut apa yang berlaku. Yang 'kacau-kacau sayur' pun memang betul-betul berlaku. Kejadian ni berlaku di bumi Moscow.**

Sekali lagi di ingatkan, semua yang di tulis, hanyalah yang benar-benar belaku. Semua jawapan brader Chinese tu tentang Christianity yang dia cakap kat aku pun tidak diubah.

Videos:
Ceramah Lim Jooi Soon : Salah Tanggapan Terhadap Islam : http://www.youtube.com/watch?v=CYVHhH9FYLA

Lim Jooi Soon : Comparative Religion : http://www.youtube.com/watch?v=j6FiSF3Sim0

Labels:

4 Comments:

Blogger Syed Ahmad Fathi said...

Bagus ar mun miji.
Aku satu floor ni sume cine.
tak pernah lagi sembang sampai
tahap agama. Malunya rasa.

October 20, 2010 at 8:48 AM  
Anonymous Anonymous said...

haha terbaiklah!

October 20, 2010 at 8:48 AM  
Blogger fEast91 said...

terbaik arr miji
saja nak refresh balik, sapa 3 gods kristian?
jesus aku tahu, aku saspek ada the holy spirit ngan god sniri?

October 20, 2010 at 9:34 AM  
Blogger fakhrullah said...

keep up the good work!

October 20, 2010 at 9:39 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home