Tuesday, October 26, 2010

ETP Kelab Malam, KPT Nobel



Ramai rakyat Malaysia masih belum melihat dengan jelas niat Perdana Menteri Malaysia dalam merangka Program Transformasi Ekonomi (ETP). (sepatutnya PTE, baru bahasa Melayu, ini ETP, Economic Transformation Programme). 


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berazam melahirkan sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia yang memenangi Hadiah Noble, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. - Utusam.


Menyahut panggilan KPT, PM kita terdahulu lagi sudah merancang PTE ini. PM kita sememangnya sudah mempunyai visi dan misi yang jauh terkehadapan untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang pemenang Nobel.  Mungkin pemenang Nobel dari Malaysia itu seorang yang gay seperti Adam, atau pemenang Nobel itu anak hasil hubungan zina yang dilakukan dikelab-kelab malam yang bakal dibina. 

Rakyat Malaysia tidak perlulah ragu dengan kebijaksanaan PM kita. Lihatlah kejayaan ECER, NCER, dan banyak lagi program-program yang telah dilaksanakan kerajaan.  Sebab itulah, Pm meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk seseorang artis itu membuat maksiat diMalaysia. Antaranya, 'Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu'. 


KUALA LUMPUR, Oct 25 — The Najib administration today announced that it has signed agreements worth over RM30 billion with nine companies to kick start its ambitious Economic Transformation Project (ETP). Najib says the government is proving the sceptics wrong. - MalaysianInsider


Lihatlah kerajaan yang terlebih dahulu meminta pendapat rakyat sebelum melaksanakan sesuatu agenda. Sebelum dilancarkan, projek-projek rakyat sudah diagihkan kepada beberapa kerat syarikat. Jadi, tak perlu diherankanlah, kalau projek untuk bangunan 100 tingkat pun sudah lama dikeluarkan, dan mungkin kontrak untuk cleaning bangunan pun dah dikeluarkan.


“This shows that the ETP is already showing results,” Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said at Putra World Trade Centre (PWTC) when launching the ETP roadmap. - MalaysiaInsider.


“They can interpret it in so many ways. But it is important for us to meet the people.” - PM  – Bernama


Lihatlah betapa hebatnya PTE ni, baru sahaja sudah dilancarkan, sudah menunjukkan hasil yang memberangsangkan dan memberahikan. Satu hari nanti, rakyat Malaysia akan tertunduk malu malahan kagum dengan kehebatan PTE ini. 
Semua rakyat Malaysia boleh beranggapan yang kelab-kelab malam ini akan membawa bala petaka dan murka Allah terhadap Malaysia, rumah-rumah maksiat ini akan menyebabkan Allah S.W.T menarik keberkatan hasil bumi Malaysia, namun, yakinlah, semua itu hanyalah bisikan syaitan didalam hatimu untuk meragui pemimpinmu. Jangan dipersalahkan PM seorang, salahkan para pengundi yang mengundi dulu. 


Kalau Tok Guru kata mengundi ni ada dosa pahala, semua buat tak tahu, sekarang ni dah dapat bala, baru semua nak kutuk.





http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/etp-ready-to-take-off-says-najib/
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pm-confirms-nine-etp-projects-says-more-to-come/

Labels: ,

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ni la org kate undi pas dpt pahala , undi umno dapat dosa

October 26, 2010 at 10:03 AM  
Blogger Syed Ahmad Fathi said...

Siapakah 9 syarikat tersebut? Adakah Syarikat Singapura?

October 26, 2010 at 11:56 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home