Monday, October 25, 2010

Hipokrit Paling Kritikal


RM180 juta untuk projek PPR
Kerajaan prihatin keperluan rakyat berpendapatan rendah di Gua Musang  - Utusam
GUA MUSANG: Kerajaan Pusat memperuntukkan RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewakan dan dijual kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah sekitar jajahan ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Timbalan Perdana Menteri berkata, projek itu adalah manifestasi keprihatinan kerajaan Pusat terhadap keperluan perumahan di kalangan keluarga berpendapatan rendah jajahan ini, yang selama ini gagal dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan PAS.
Pemuda UMNO mahu selami isu setempat
GUA MUSANG 24 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO akan mengambil kesempatan daripada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk menyelami isu setempat terutama masalah perumahan serta peluang pekerjaan bagi golongan muda yang perlu diselesaikan.


  • Inilah hipokrit tanpa batasan. 
  • Semua orang pun tahu yang ni semata-mata untuk pilihan raya.
  • Gua Musang tu dah wujud berapa ratus juta tahun dah, takkan baru sekarang nak bagi sumbangan. 
  • Dulu Manek Urai jadi 'anak Emas'. Tapi untung Gua Musang. Kalu dijanji duit, ambik cepat-cepat. Jangan tunggu cheque lepas pilihan raya, kalau tak konpem tak dapat. kalau boleh mintak royalti minyak terus. Kalau tak, takkan nak tunggu sorang adun lagi 'letak jawatan' kot.
Cadangan kepada rakyat Gua Musang, sila minta dengan kerajaan:
  1. Jambatan emas dari Gua Musang ke Kota Bharu.
  2. Jambatan perak dari Gua Musang ke Kuala Lumpur.
  3. Tujuh dulang hati nyamuk aedes.
  4. Tujuh belas dulang peha kuman.
  5. Tujuh puluh tempayan air mata janda
  6. Tujuh ratus tempayan air nyoir muda.
  7. Yang last ni...biar difikirnya sendiri..

Dulu Sultan Mahmud Syah tak dapat tunai yang terakhir tu la, menyebabkan tak dapat kawin dengan Puteri Gunug Ledang. Sekarang ni, kalau tak tunai kesemua tuntutan tu, jangan di baginya Galas tu.

Labels:

6 Comments:

Blogger Syed Ahmad Fathi said...

napa ada pilihan raya nih? ade adun kene tembak ke?

October 25, 2010 at 9:31 AM  
Anonymous Anonymous said...

Adun meninggal sbb kene barah usus

October 25, 2010 at 9:44 AM  
Anonymous Kreutzer said...

Ni aku seronok kalau ada rakyat melesia macam ni...

October 25, 2010 at 9:44 AM  
Blogger Syed Ahmad Fathi said...

tade org nak jawab soalan aku ke??

October 25, 2010 at 10:01 AM  
Blogger Try 1 said...

sudah di jawab la Fati...
http://jiwokelate.wordpress.com/2010/09/27/al-fatihah-adun-galan-meninggal-dunia/

October 25, 2010 at 10:23 AM  
Anonymous KS said...

sudah di jawab la Fati...
http://jiwokelate.wordpress.com/2010/09/27/al-fatihah-adun-galan-meninggal-dunia/

October 25, 2010 at 10:24 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home