Monday, November 8, 2010

Tank Man - Hero Berjiwa Besar

Mesti semua pernah tengok gambar ni. So, sekarang ni aku sekadar nak review balik pasal 'Tank Man' ni. Seorang lelaki yang boleh sekat konvoi kereta kebal. Dalam gambar hanya boleh nampak empat kereta kebal, tapi kalau dilihat balik video Youtube yang ada dibawah, konvoi tu memang banyak dan panjang. Yang paling aku respek lelaki ni, kalaulah dikatakan dia nak mampus awal bunuh diri, kenapa dia tak buang lagi plastik barang yang dia beli. Maknanya dia ni memang berjiwa besar. Keazaman dia untuk terus hidup bebas tu masih ada. Tak takut langsung. Memang dia benci betul dengan pemerintah dia yang zalim. Kalau orang lain aku rasa, dengar bunyi kereta kebal pun dah takut. Tankman menjadi simbol rakyat biasa menentang kerajaan yang zalim, zalim bukan sekadar bunuh manusia secara beramai-ramai, rogol manusia, tapi juga zalim dalam mengkayakan diri sendiri dengan harta negara, rakyat dibiar miskin, zalim dalam mengongkong kebebasan rakyat, dan banyak lagi bentuk kezaliman fizikal mental.


Gambar hiasan 
Protes di China terhadap komunis ni biasanya diketuai dan dianggotai oleh pelajar dan golongon pemikir, tapi mengikut sosialis China, tankman ni bukan daripada kalangan pelajar, mahupun golongan intelektual, tapi lebih sekadar rakyat biasa, golongan pekerja biasa. Selepas ditarik keluar oleh beberapa penduduk, tankman hilang dalam himpunan protes. Namun, ramai yang mengatakan yang menarik tankman itu adalah secret polis yang selepas itu membunuh tankman. Namun ramai juga aktivis yang yakin tankman masih hidup selepas kejadian tu.

Semua orang lari, tapi Tankman tetap teguh menanti.


Gambar tersebut dicetak dibaju, dijadikan poster yang menjadi inspirasi pemuda China dalam menentang pemerintah yang corrupt, menindas. Tankman begitu berpengaruh sebagai ikon penentangan sehingga Google China terpaksa menyekat keyword 'Tankman'. Bahkan Tankman menjadi inspirasi di Rusia, dan banyak lagi negara lain. Sehingga kehari ini, Tankman sebenar belum diketahui. Ada yang mengatakan Wang Weiling Tapi, mungkin kita semua boleh jadi Tankman, kalau berani.....
If you could meet anybody you wanted from history, who would it be? Tankman.


Link-link:
http://en.wikipedia.org/wiki/Tank_Man
http://www.youtube.com/watch?v=SB70mWXrzEE
http://www.youtube.com/watch?v=mrQqDqOx3KY

Labels: , , , ,

3 Comments:

Blogger arif saufi said...

Respect~

November 9, 2010 at 12:26 AM  
Blogger Syed Ahmad Fathi said...

berani biar bertempat miji.

November 9, 2010 at 1:31 AM  
Anonymous KS said...

tempat mana yang kena berani, tempat mana yang tak boleh berani?

November 9, 2010 at 1:42 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home