Friday, December 31, 2010

Vlogger Malaysia

'Vlogging' boleh dikatakan sudah lama menjadi budaya Youtubers terutama di US. Tapi, di Malaysia, budaya vlogging ni masih belum popular. Bukan senang nak vlogging ni, terutama sekali kalau vlogging pasal kehidupan seharian. Shaycarl sendiri kata yang pada mulanya, agak blur nak bercakap depan kamera, cerita tentang apa yang dia dan keluarga buat seharian. Tapi, lama-kelamaan, perasaan segan tu hilang. Shaycarl/shaytards family boleh dikatakan satu-satunya family vlogger dalam internet.


Topik. Ak rasa vlogging takdelah memerlukan topik sangat. Lainlah kalau nak buat filem pendek dalam Youtube macam Smosh dan Nigahiga. Video-video Smosh pun mencapai views melebihi 20 juta,dan kebanyakan yang lain hampir 4 juta views bagi setiap 3 minit video. Nigahiga pernah buat 'movie' selama 1 jam lebih. Ada vlogger yang duduk depan kamera, tak buat apa-apa dan dapat views berjuta-juta.


Kalau vlogging komen pasal viral videos atau pun video-video menarik dalam internet, memang dah berlambak dalam Youtube. Antara yang paling tersohor adalah RayWilliamJohnson. Sehari upload video, views sudah boleh mencapai sejuta. Dengan subscriber lebih daripada 2 juta. 
Boleh buat duit ke vlogging ni? Boleh, tapi biasanya bukan dalam bentuk ads, tapi lebih kepada t-shirt. RWJ sendiri ada buat t-shirt, Smosh, Fred. Tapi, What The Buck baru-baru ni buat video advertisement pasal satu laman web yang disponsor oleh Intel sendiri. Fred sudah boleh buat Dvd sendiri yang dalam video dia tu, orang terkenal seperti John Cena pun turut berlakon. Fred sendiri pun dah jadi celebriti dan pernah keluar dalam banyak talkshow dan berita. Tapi, memang kena betul-betul popular la. Dan banyak lagi vlogger tak sengaja yang dapat duit. Tapi, video diorang memang viral terus, graph nak mendadak. Contohnya  Babybobmarley
John Cena dalam Fred
Baby BobMarley
Vlogger perempuan. Boleh dikatakan tak ada pun vlogger perempuan yang terkenal, dan kalau pun terkenal bukan sebab video, tapi disebabkan dilinkkan oleh vlogger lelaki yang terkenal.
      So, mungkin dalam setahun dua lagi, Malaysia akan sampai budaya vlogging ni, dan mungkin akan ada seorang dua gadis Malaysia yang cuba nasib vlogging atas kredit 'muka cute/cun'. Banyak risikonya. Contoh mudah, awek vlogger yang dah lama terkenal dalam iternet, yang Hanief jadikan sebagai background image, semakin menurun populariti, setelah dia keluar dalam talk-show, dan bercakap secara live. Sebab ada 'kekurangan' yang mula kelihatan bila dia bercakap secara live. Lagipun memang tak sesuai gadis vlogging. Orang Amerika sendiri kurang suka. Satu, nak vlogging ni kena 'gila-gila'. Tengok RWJ, Smosh, ingat orang suka ke kalau diorang buat video sopan-santun? Ada mana-mana gadis nak buat macam tu? Baik tak payah. Kebanyakan video Smosh pon 'agak lucah'. 
Ian Hecox erotic dance
What the Buck Show
Mungkin satu hari nanti akan keluar vlogger Malaysia. Bukan senang, kena tebalkan muka. Kalau nasib baik, video pun menarik, boleh popular. Kalau tak, tak kemana. RWJ pernah buat vlogging pasal kehidupan seharian dia, tapi diterminatekan, sebab, susah dan memang kurang menarik.

Di Malaysia pun rasanya dah ada lebih kurang macam vlogger contohnya Popteevee dan sorang cikgu tu yang ak sendiri tak bersetuju dia buat video dalam Youtube.

Labels: , , , , , , ,

1 Comments:

Blogger Syed Ahmad Fathi said...

Menarik menarik.Aku pun nak try lah kat you tube kut kut bleh jd feymes.Haha.Tapi masa takde nak buat.

January 1, 2011 at 2:40 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home