Monday, February 28, 2011

Libya Aftermath


NI semua salah pemimpin rasuah dan pencuri. Negara takkan kucar-kacir dan bangkrap, kalau pemimpin ambik duit negara, bahagi sama-sama dengan rakyat. Bukannya pemimpin yang ingat negara tu dia punyta, duit tu dia punya. Dia bagi sikit pada rakyat, pastu dia ambik slebihnya, kalau rakyat merungut, dia kata kena berterima kasih pada negara, jagan jadi macam anjing tersepit, terlepas gigit tuan balik. Pemimpin hanyalah dipilih oleh rakyat untuk mengurus negara, mengurus harta rakyat, kalau pemimpin tu jenis penipu, rakyat yang rugi...Harta negara bukan milik pemimpin dan sesetengah parti politik...Video aftermath

Sunday, February 27, 2011

Anak Gadaffi Kecut Perut

Cuba bayangkan, rakyat sesebuah negara memberontak disebabkan pemerintah yang penipu, diktator, mencuri duit rakyat berbilion ringgit, bagi suku-sakat kroni kaya, lepas tu nak salahkan orang lain.. Ni mesti tak lain tak bukan untuk memusnahkan negara sendiri, supaya rahsia penipuan tak bocor, boleh lepas hukuman dunia. Kalau dia salahkan al-Qaeda, mesti negara-negara laknat, yang menganggap diri sendiri sebagai polis dunia, pencinta keamanan masuk campur. Video klik sini.

Takda hati perut punya manusia. Tiada hukuman yang setimpal untuk puak-puak macam ni. Memang boleh hukum puak-puak ni dalam duni ni, tapi masih tak cukup untuk ganti balik apa yang telah buat kat rakyat sendiri. Pemerintah di beri amanah untuk mengurus, bukan menguasai rakyat.

Orang yang bersalah kalau bercakap memang nampak macam bodoh. Suruh orang check internet. Dalam internet semua kutuk dia, takda pulak yang nk salahkan al-Qaeda. Bodoh, semua orang sokong rakyat Libya, tak kira al-Qaeda ke,siapa-siapa pun...
This Son of a Bitch was 2 years ago in Cannes, South France, during the Film Festival and was doing high life with film stars such as Val Kilmer, spoiling gallons of champagne on the beach while homeless people were lying next to him.. Fuck this bastard and his family !! PiMagh

if the US can start a war killing thousands and blame it on Al Qaeda,why can't the Libyans?
everybody seems to be doing it?MsSambo73

Greece strike turning violent in Athens



Ini baru hardcore punya protest. Tgk video sini.

Harta Gadaffi



Gadaffi antara manusia terkaya dalam dunia.
Dalam senyap-senyap, pemerintah Libya, Muammar Gaddafi telah mengumpul kekayaan mencecah AS$60 bilion (RM183 bilion) dengan beberapa bilion dolar wang miliknya selamat disimpan dalam beberapa akaun rahsia di negara Asia Tenggara.

Jumlah tersebut meletakkan Gaddafi sebaris dengan bilionair terkaya dunia seperti taikun telekomunikasi, Carlos Slim Helu dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan masing-masing memiliki kekayaan AS$53.5 bilion (RM163.2 bilion) dan AS$50 bilion (RM161.7 bilion) Kosmo.
Sebab itulah, Gadaffi bermati-matian taknak meniggalkan Libya. Kalau tak, semua hartanya akan dirampas, dia akan hidup merempat dinegara lain. Dan jika rakyatnya berkeras tetap ingin mengusir dan menghukum Gadaffi, dia tidak akan teragak-agak untuk membakar Libya dan penduduknya. Gadaffi antara manusia yang paranoid dengan kematian. Kalau difikirkan balik, kalaulah akan berlaku perang nuklear, ada ke sesiapa yang sanggup tinggal dalam nuklear bunker sorang-sorang? Takut untuk keluar. Sampai bila nak menyorok?

Patutlah semua diktator dalam dunia sekarang ni takut, dan sememangnya patut takut. Buat apa Gadaffi ni dengan rumah banyak-banyak? Rm161 billion?

Thursday, February 24, 2011

Kuliah Ustaz Azhar di Medan Ilmu



Ceramah daripada ustaz Azhar, ataupun click sini untuk pergi terus ke UStream.

‘Bawa pulang anak kami di Moscow’ - BeritaHarian Online

‘Bawa pulang anak kami di Moscow’

Boleh baca laporan penuh di link tersebut. Tapi yang paling utama, isi penting yang menjadi perhatian adalah quote daripada Bapa Risau ni.
Persoalan yang ingin saya ajukan, adakah wujud komplot pihak tertentu yang sengaja menghantar aset pelajar terbaik kita ke negara mundur seperti Russia? Adakah mereka sengaja mensabotaj supaya semua mereka yang cerdik ini akan dipandang hina dan dungu pada suatu hari nanti?
Hah? Mundur? Memanglah Russia nampak macam dull sikit. Russia dah lalui berapa banyak perang? Kalah berapa? Lagi satu, kalau seseorang tu tinggal lebih kurang setahun di Russia, barulah dia tu akan lebih memahami kenapa Russia ni nampak pelik sikit berbanding beberapa negara maju lain. Musim sejuk sini memang boleh 'membunuh'. Ingat dulu London (?, tak ingt sangat, tapi London rasanya) yang darurat kerana musim sejuk melampau, -19. Kat Russia -25 seminggu berturut turut, takde masalah.
     Malas nak komen banyak-banyak. Lantaklah. Lebih malas nak komen pasal KOMPLOT dan SABOTAJ..???

Harta Yang Ben Ali Curi dari Rakyat


Tengoklah betapa banyak yang pemimpin rasuah ni curi duit rakyat. Kat padang Mahsyar nanti saja tempat yang boleh dituntut. Tiada hukuman yang setimpal dengan dosa yang dibuat Ben Ali, Gadaffi Mubarak dan pemimpin-pemimpin yang sewaktu dengannya.

Negara takkan bangkrap kalau duit dibahagikan dan dikongsi bersama rakyat, tapi negara akan bangkrap, walaupun sekerat pemimpin dan kroni curi harta rakyat. **Tak faham video pun takpa, tgk pun dah faham..

Labels:

Wednesday, February 23, 2011

Bob Lokman Tarik Diri Raja Lawak Musim Ke-5


Abang Bob Lokman tarik diri daripada menjadi juri Raja Lawak Musim ke-5. Bob Lokman melakukan kejutan dengan mengumumkan penarikan dirinya secara langsung di hadapan penonton dalam rancangan Raja Lawak Musim ke-5. ANtara kata-katanya yang berbisa, "Takut banyak sangat ketawa nanti cepat pulak pergi".
     Memang ramai yang akan kata Baik Abang Bob stay dalam dunia seni, supaya dapat ajak lebih ramai lagi artis ke jalan yang lebih elok. Tapi, ada ramai sangat ke artis yang stay? Boleh ke lawan arus? Makin hanyut adalah. Dunia hiburan memang dah 'panas', baik keluar, cari tempat yang lebih damai.
     Mungkin ramai jugak yang kata, kenapa Bob keluar hiburan masuk Pas. Bukan senang nak berubah, kalau hidup sorang2 memang tak mampu, perlukan jemaah, jemaah yang kukuh, ada pemimpin yang taqwa pada Allah, ada ahli jemaah yang walaupun tak sempurna, tapi hidup dalam roh Islam. Semoga Bob Lokman istiqamah, dan jangan ada orang yang terlalu memberi perhatian sangat terhadap dia, dia dah buat keputusan. Islam terbaik buat dia, keluarga dan semua manusia.
     Abang Bob pun keluar dengan gaya seolah-olah bersiap untuk pergi ke tempat yang lain, dengan bungkusannya, mungkin sebagai simbol hijrah yang dia pilih.

Labels:

Tuesday, February 22, 2011

Gadaffi Menggila


Laporan al-Jazeera
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad berikutan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.Fatwa penuh di MiloSuam

Tapi nampaknya Gadaffi masih takut untuk berundur, kerana tiada negara yang sudi menerimanya untuk memberi perlindungan. Dia mengarahkan penyokong-penyokongnya agar keluar untuk melawan mereka yang berdemonstrasi. Ucapannya angkuh seolah-olah dia mempunyai kuasa untuk menghancurkan negaranya sendiri. BAru sekarang dia menyebut nyebut Libya yang akan menuju kepuncak, menganggap dirinya seorang pejuang negara. Mungkin selepas ni, mana-mana pemimpin yang satu kepala dengan Mubarak dan Gadaffi, sudah membuat persediaan. yang paling hampir diMalaysia, Taib Mahmud. Laporan penuh di MiloSuam, dan petisyen.

Libya, Minyak dan Kekejaman Gaddafi

A Western business adviser with close relationships to many Libyan officials told me on Monday that during a visit to Tripoli two weeks ago, "all my Libyan friends said 'No way would this happen here. Our tribal leaders will keep young people in order.'" Now, he said, he believed Gaddafi would likely lose power completely, or retain a figurehead role without any concrete authority. "It will be difficult for the Gaddafi clan to rescue this," he said.
Gaddafi pun terkejut dengan kebangkitan rakyat ni. Dulu, tiada siapa sangka yang kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia dapat merebak ke negara-negara jiran. Sudah berpuluh-puluh tahun suasana politik Libya berada dalam keadaan statik, dan selepad kebangkitan rakyat Libya merebak, Gadaffi cuba untuk mematahkan kebangkitan dengan lebih awal yang mana tindakan Gadaffi lebih kejam daripada Mubarak. Mubarak menghantar kroni-kroninya untuk bertempur dengan anti-mubarak, tapi Gadaffi dikatakan membakar askar-askar yang enggan menembak penunjuk perasaan, dan menghantar jet-jet pejuang untuk menembak rakyat dari udara.

Dua kolonel jet pejuang mengelakkan daripada membunuh rakyat sendiri dengan lari dari Libya dengan jet pesawat ke Malta Internationa Airport. Dan untuk mengelakkan daripada lebih ramai yang meninggalkan Libya dengan pesawat/helikopter, ruang udara Libya ditutup.
Oil futures for Brent crude, traded on the ICE Futures Europe market in London, rose to nearly $105 a barrel, the highest price since the global economic meltdown hit in September 2008. Libya's oil fields are hundreds of miles from the current upheaval, many in remote Sahara Desert locations a good one-hour flight from Tripoli on private planes operated for the benefit of oil companies. Yet even there, the potential for unrest exists.
Dan quote pilihan
Sheik Faraj al-Zuway, a tribal leader in western and southern Libya, in which some big oil fields fall, told al-Jazeera that he would halt all oil distribution from his territory beginning Monday, until security forces "stop the bloodshed," he said, adding that "the blood of Libyans is more precious than oil.
Kan sejuk hati rakyat dengar pemimpin cakap macam ni, barulah rakyat rela bersama dengan pemimpin diamasa susah atau senang. Memang minyak tu penting, dan Syeikh tu pun sedar, dan rakyat pun sedar, tapi yang paling penting, perinsip pemimpin yang tetap memilirkan perihal rakyat.
Further reading TIME

Monday, February 21, 2011

Facebook Break-Up Notifier -

Cara mudah untuk menjadi stalker yang terbaik. Sementara 'dia' masih tak available, mungkin stalker2 cuba mencari calon-calon lain, dan untuk mengelakkan daripada terlambat daripada mengetahui yang si 'dia' sudah menukar statusnya kepada single, app ni boleh menolong. Sebaik dia menukar status, email terus dihantar. Mungkin ramai yang masih terbayang yang stalker tu lelaki, tapi tak mustahil juga perempuan.
Breakup Notifier You like someone. They’re in a relationship. Be the first to know when they’re out of it."
App mengarut untuk mereka yang suka buat benda2 mengarut.

Sunday, February 20, 2011

[Lain-lain] Double Copying


Ni dua kali copy. Nike+McDonalds. Kenapa la dia ingt orang nak sangat masuk kedai macam tu. Dia ingat dia copy Nike dengan McDonalds tu akan membawa impak yang besar pada orang yang lalu lalang, dan orang akan sebut-sebut kedai tu. Padahal, orang pun malas nak masuk sebab dah tahu dah mentaliti tuan punya kedai, bahkan kedai macam ni pun jadi bahan amusing je. Tak lebih dari tu, tak lama tutup kedai. Sumber