Wednesday, February 23, 2011

Bob Lokman Tarik Diri Raja Lawak Musim Ke-5


Abang Bob Lokman tarik diri daripada menjadi juri Raja Lawak Musim ke-5. Bob Lokman melakukan kejutan dengan mengumumkan penarikan dirinya secara langsung di hadapan penonton dalam rancangan Raja Lawak Musim ke-5. ANtara kata-katanya yang berbisa, "Takut banyak sangat ketawa nanti cepat pulak pergi".
     Memang ramai yang akan kata Baik Abang Bob stay dalam dunia seni, supaya dapat ajak lebih ramai lagi artis ke jalan yang lebih elok. Tapi, ada ramai sangat ke artis yang stay? Boleh ke lawan arus? Makin hanyut adalah. Dunia hiburan memang dah 'panas', baik keluar, cari tempat yang lebih damai.
     Mungkin ramai jugak yang kata, kenapa Bob keluar hiburan masuk Pas. Bukan senang nak berubah, kalau hidup sorang2 memang tak mampu, perlukan jemaah, jemaah yang kukuh, ada pemimpin yang taqwa pada Allah, ada ahli jemaah yang walaupun tak sempurna, tapi hidup dalam roh Islam. Semoga Bob Lokman istiqamah, dan jangan ada orang yang terlalu memberi perhatian sangat terhadap dia, dia dah buat keputusan. Islam terbaik buat dia, keluarga dan semua manusia.
     Abang Bob pun keluar dengan gaya seolah-olah bersiap untuk pergi ke tempat yang lain, dengan bungkusannya, mungkin sebagai simbol hijrah yang dia pilih.

Labels:

1 Comments:

Blogger Syed Ahmad Fathi said...

Stylo duh.Sampai zizan pon gagap gagap hahaha.Padan muka zizan.

February 24, 2011 at 2:15 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home