Sunday, February 27, 2011

Harta Gadaffi



Gadaffi antara manusia terkaya dalam dunia.
Dalam senyap-senyap, pemerintah Libya, Muammar Gaddafi telah mengumpul kekayaan mencecah AS$60 bilion (RM183 bilion) dengan beberapa bilion dolar wang miliknya selamat disimpan dalam beberapa akaun rahsia di negara Asia Tenggara.

Jumlah tersebut meletakkan Gaddafi sebaris dengan bilionair terkaya dunia seperti taikun telekomunikasi, Carlos Slim Helu dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan masing-masing memiliki kekayaan AS$53.5 bilion (RM163.2 bilion) dan AS$50 bilion (RM161.7 bilion) Kosmo.
Sebab itulah, Gadaffi bermati-matian taknak meniggalkan Libya. Kalau tak, semua hartanya akan dirampas, dia akan hidup merempat dinegara lain. Dan jika rakyatnya berkeras tetap ingin mengusir dan menghukum Gadaffi, dia tidak akan teragak-agak untuk membakar Libya dan penduduknya. Gadaffi antara manusia yang paranoid dengan kematian. Kalau difikirkan balik, kalaulah akan berlaku perang nuklear, ada ke sesiapa yang sanggup tinggal dalam nuklear bunker sorang-sorang? Takut untuk keluar. Sampai bila nak menyorok?

Patutlah semua diktator dalam dunia sekarang ni takut, dan sememangnya patut takut. Buat apa Gadaffi ni dengan rumah banyak-banyak? Rm161 billion?

1 Comments:

Blogger Syed Ahmad Fathi said...

Apa guna harta banyak hidup tak tenteram.

February 27, 2011 at 2:37 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home