Friday, April 8, 2011

Kematian Sarbani


"...jangan membuat andaian awal terhadap pegawai kanan Kastam, Allahyarham Ahmad Sarbani Bin Mohamed kononnya beliau mati bunuh diri dan seumpamanya...."
Sesiapa yang ada terfikir yang Allahyarham Sarbani bunuh diri memang tak berapa pandai. Manusia bangang mana yang nak bunuh diri kat pejabat SPRM? Kenapa pejabat SPRM? Setahu aku orang nak bunuh diri (bukan 'bunuh diri' tapi 'nak' bunuh diri) ni biasanya yang jenis nak mintak perhatian orang ramai, so, dia bunuh diri kat Mall, kat jalan raya, kat bangunan tepi jalan tempat orang lalu lalang. kalau kat Jepun contohnya, ada satu hutan sunyi 'khusus' tempat orang bunuh diri.

Ini pejabat SPRM. Dahla kali yang kedua. Normal lah bagi rakyat biasa, curiga dengan keadaan pelik macam ni.  Itu tak kira lagi dengan Allahyarham yang...:
"Allahyarham adalah seorang yang beragama, seorang yang sentiasa berada dan berjemaah di surau di kawasan kediamannya, juga difahamkan akan menunaikan haji di Makkah pada tahun ini serta sebelum beberapa jam sebelum kematiannya beliau menunaikan solat subuh berjamaah bersama kawannya dalam perjalanan ke Pejabat SPRM, Kuala Lumpur.

"Mana mungkin seorang Melayu Islam yang taat beragama, rasa dan mampu melakukan perkara sekeji dan yang dikutuk oleh agamanya (bunuh diri)," kata beliau.
HARAKAH

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home